Wednesday, 7 May 2014

Tali Dan janji

Bermula dengan satu niat,
Yang telah lama tersemat,
Meniti arus syariat dan makrifat,
Berbekal pula pakaian hakikat.

Siapa gerangan si musafir,
Yang hidup dengan berfikir,
Dan makanan harian ialah zikir,
Biar miskin harta jangan fakir.

Ilmu tauladan jadikan guru,
Pengalaman hidup yang lalu,
Akhirnya telah gaul bersatu,
Seperti kita janji dahulu.

Ibarat kuda dan tali pedati,
Walau tidak tersemi patri,
Dalam kancah ilmu laduni,
Yang akan menjadi saksi.

Roh dan jasad bakal terpisah,
Lenyaplah jua keluh resah,
Hanya tinggal rahim rahmah,
Dari yang Esa raja ummah.


====== Lang Puteh======