Monday 24 February 2014

Membina Negara Dalam Nada Sentosa

Amanah Yang Di Pegang
Menjaga Hak Manusia
Alam Sejagat Seluruhnya
Tiada Yang Dapat Tidak
Dinafikan Lagi Kebenarannya,

Harta Harta Nenek Kita
Dulu Terjaga Rapi Teliti
Kini Di Lanun Rompak
Bertopengkan Kuasa
Yang Rakus Tanpa Mulus ,

Malah Ada Yang Ditunggangkan
Sehingga Mereka Asyik
Bahawa Mereka Adalah
Mangkok Tingkat Yang
Menjual Isi Bumi Mereka ,

Walau Setiap Duri Semalu
Hatta Sehingga Balak
Menjadi Hak Pri Bumi
Negara Kita Sendiri ,

Jika Pencuri Mencuri
Kereta atau Harta atau
Di Rumah Kita Sendiri
Pasti Akan Kita Ambil Tindakan
Untuk Menghukum Si Pencuri,

Cuma Beza Si Pencuri dan Penyamun
Dia Berkerja Senyap Senyap
Dan Dalam Susana Malap
Namun Begitu  Harta Negara
Ialah  Penyamun ''BERSONGKOK ''
Yang Menyamun Dalam Terang
Dan Sambil Menghebah Hebah
Dan Menunjuk Juah ..

Tiada Hak Sesiapapun
Memutuskan Hak Yang
Telah Dimahkotakan
Amanat dan Amanah Negara

Lang Puteh
Lot 21, Kg Pasir Tambun


No comments:

Post a Comment