Saturday, 20 September 2014

warisan laduni ( II ): Mahligai Sendu

warisan laduni ( II ): Mahligai Sendu: ombak dan badai menongkah arus lautan pasir debu berterbangan silih bersahut hanya sebagai laluan sang nahhoda mengembara jelah semua b...

Tuesday, 1 July 2014

Friday, 13 June 2014

warisan laduni ( II ): Erti Sebuah Ketenangan

warisan laduni ( II ): Erti Sebuah Ketenangan: Ia tidak datang atau terbang Seperti melayang dan tidak hadir  bila di cari... Bukan damai  Bukan senang Bukan kaya Bukan suk...

Erti Sebuah Ketenangan

Ia tidak datang atau terbang
Seperti melayang
dan tidak hadir 
bila di cari...

Bukan damai 
Bukan senang
Bukan kaya
Bukan suka ...

tersembunyi tenang
itu seperti jarak
bahagia dan gembira
tapi tidak terkata kata...

ianya didatangkan
dan di berikan dengan izin
yang Maha Esa dengan Zat
tiada pun Bidadari ataupun ...

Ratu cantik Dunia 
Dapat menyembuh hati
Yang belum tenang
Ianya hanya Sirr Subhanahu Wataala
Atau segulung nikmat rahsia...

Ramai yang keliru 
Dengan Mencari Ketenangan
Entah dimana ada jua pun
Nescaya kau tiada akan memilikinya...

Apakah erti tenang.
Ianya adalah suci
Sufi hati hamba itu
Dengan bersyukur nikmat nikmat
Yang Allah berikan padanya...

Nikmat Harta
Nikmat Nyawa
Nikmat Isteri
dan Nikmat Keluarga...

Sifat Bukan seperti angin
Namun bukan seperti air
Ianya satu perasaan yang
Menyamankan perasaan
Dalam kebahgian sebenar
Dan bukan satu pencarian
Namun Ianya Satu Pemberian ....

Sekian

Wednesday, 28 May 2014

warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir

warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir: Tersesat Di Lembah Bukan Rebah Ke Bawah Antara Simpulan RahmaH Yang Terkandung Hikmah Segala Pintu Ada Tuan Nya Hanya...

Khayalan Seorang Penyair

Awan nan biru 
Langit kelabu 
Bayu yang lalu 
Sejuk bak salju 

Pada sudut tertentu 
Yang terpahat paku 
Tidak lagi layu kaku
Memukau mata ku

Memberi harapan baru
Walau telah retak seribu
Antara irama dan lagu
Berkecai jadi satu

Jiwa yang bergelora laju
Kini dihimpit sendu kalbu
Yang dulu disambut gebu
Kini telah luka pilu

Syair puisi dan lagu lagu
Penuh madah pantun merdu
Tersemat di dalam buku buku
Jadi pedoman murid berguru

Dari istana ke kampung hulu
Bergendong bantu membantu
Tolong menolong lama dan baru
Barulah berkat aman selalu 


Wednesday, 7 May 2014

Tali Dan janji

Bermula dengan satu niat,
Yang telah lama tersemat,
Meniti arus syariat dan makrifat,
Berbekal pula pakaian hakikat.

Siapa gerangan si musafir,
Yang hidup dengan berfikir,
Dan makanan harian ialah zikir,
Biar miskin harta jangan fakir.

Ilmu tauladan jadikan guru,
Pengalaman hidup yang lalu,
Akhirnya telah gaul bersatu,
Seperti kita janji dahulu.

Ibarat kuda dan tali pedati,
Walau tidak tersemi patri,
Dalam kancah ilmu laduni,
Yang akan menjadi saksi.

Roh dan jasad bakal terpisah,
Lenyaplah jua keluh resah,
Hanya tinggal rahim rahmah,
Dari yang Esa raja ummah.


====== Lang Puteh======