Monday, 3 October 2011

ku pendam pahit luka semalam

Dalam asyik menanti hari,
Takkala menongkah abid terperi,
Dilapik pula roh tajalli,
Dalam diam melihat hakiki.

Apakah ada kesamaran,
Dikala meneka kebenaran,
Khilaf fahaman dalam syak,
Elak dari fitnah dunia.

Keangkuhan duniawi,
Kebatilan nurani,
Dilandasan kepura puraan
Hanya menghakim atas permukaan.

Tunduk tak bererti malu,
Mengalah bukan tanda salah,
Diam bukan meredhoinya,
Akur adalah redho pada TuanNYA.

Beramal bukan pada nama,
Syariat utama melintas hakikat,
Tarekat pembuka mata makrifat,
Dikabul atau mendaulatkan Kholiq.

Atas batasan gerakNya,
Aku menaip,
Anugerah dengat Rahmat Rahim,
Dia Rabbul Jalil ......

( bukan suka suka - bukan rintihan duka - sayu cabang musyahadah- dengan zat nya- sifat makluk Nya- Ameen )