Friday, 13 June 2014

Erti Sebuah Ketenangan

Ia tidak datang atau terbang
Seperti melayang
dan tidak hadir 
bila di cari...

Bukan damai 
Bukan senang
Bukan kaya
Bukan suka ...

tersembunyi tenang
itu seperti jarak
bahagia dan gembira
tapi tidak terkata kata...

ianya didatangkan
dan di berikan dengan izin
yang Maha Esa dengan Zat
tiada pun Bidadari ataupun ...

Ratu cantik Dunia 
Dapat menyembuh hati
Yang belum tenang
Ianya hanya Sirr Subhanahu Wataala
Atau segulung nikmat rahsia...

Ramai yang keliru 
Dengan Mencari Ketenangan
Entah dimana ada jua pun
Nescaya kau tiada akan memilikinya...

Apakah erti tenang.
Ianya adalah suci
Sufi hati hamba itu
Dengan bersyukur nikmat nikmat
Yang Allah berikan padanya...

Nikmat Harta
Nikmat Nyawa
Nikmat Isteri
dan Nikmat Keluarga...

Sifat Bukan seperti angin
Namun bukan seperti air
Ianya satu perasaan yang
Menyamankan perasaan
Dalam kebahgian sebenar
Dan bukan satu pencarian
Namun Ianya Satu Pemberian ....

Sekian