Tuesday, 16 July 2013

Sri Kandi Solehah

Kau Murabbi.
Kau Penyeri,
Kau Permaisuri,
Kau lah Isteri ..

Bahasa mu lembut
Sehalus bibirmu
Budi pekerti mu
Sifat Terpuji
Lagi Menyanyangi ..

Bila Berduka
Kau Penawar
Bila Terasa Sepi
Kau Penghibur

Ketika Susah 
Kau Bersabar
Ketika Senang
Kau Menyabarkan

Tiada Tempat Merintih
Tiada Ubat Menyembuh
Hanya Diri bak Penawar
Anugerah Ilahi ...

Mendidik ilmu duniawi
Mengajar sifat ukhrawi
Membimbing dan mengajari
Diri ,Saudara dan Kelurga..

Tiada sebalik Rahsia
Tiada Tamak Haloba
Tiada Dengki Hina
Tiada dendam Damba ..

Diterima dan Menerima
Seakan biasan Kanta
Yang Menyuluh Segala
Jalan Ke Taman Syurga..

Lang Puteh : 16 Julai 2013




No comments:

Post a Comment