Wednesday, 16 January 2013

Indah Suasana Hari Raya '' Fitrah ''











Bahasa Yang Disusun Indah
Nada Irama Dengan Melodi 
Penuh Makna Dengan Isi,
Buat Pedoman Setiap Hari ,

Walau Zaman Berganti Zaman
Tahun Berubah Mengikut Waktu
Ibarat Khazanah dari Perut Bumi,
Simpan Azimat buat Kerabat ,

Dari Nenek Moyang  Kita
Pusaka Bahasa DiSanjung
Warkah Noktah Sultan Ulung
Jadi Gurindam dalam Lagu ,

Bak Mata Si Burung Garuda,
Dilihat Pula Dari Tempurung
Gedung Ilmu Yang Maha Agong 
Jauhnya Tidak Berantara 
Dekatnya Tiada Terhitung ,

Ibarat Pengarah layar Perak
Pelakon Bijak Membawa Watak
Jika Ibarat Lagu Tanpa Irama
Seperti Mimpi yang Tak Sudah ,

Adik Abang Ibu dan Ayah
Jangan Bersedih dan Gundah
Selagi Hayat Dikandung Tanah
Kita Hadapi Ujian dan Fitnah
Kita Berdoa Mememohon Barakah
Tersemai Jiwa Seorang Fi - Sabilillah

AF--Lang Puteh --IF

Lokasi ; Jitra , Kedah
Masa   : 11.00pm
Hari     : Sabtu ( 3/8/2013 )