Friday, 27 July 2012

Hanya yang mengenali

banyak yang tahu
ramai yang rapat
tapi belum boleh
dapat mengenali,

ya benar dapat mendekati
dapat merasai
lantas dapat mendampingi
namun sukar mengenali

kita yang sering bersama
berbual bercakap makan minum
hanya dari luaran semata
dalam keizinan jua lalu mengenal

dengan zat dengan sifat
dengan afa'aal
dengan zauq cukup yang dicukupkan
cukup yang mencakupi
sentiasa dicukupkan tanpa bilangan

riuh jenuh penat bersahut
bertahmid berzikir
ada yang paham
ada yang ikut ikutan
ada yg adat resam
adat yg amalan
sykur nikmat
ada yang dengan sifat mardotillah
bergerak dengan rasa
pada rasa ia bergerak
bertebaranlah atas muka bumi sementara
menunggu yg pasti
tetap ...akan dsampai ketika dan waktunya.