Wednesday, 28 May 2014
warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir
warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir: Tersesat Di Lembah Bukan Rebah Ke Bawah Antara Simpulan RahmaH Yang Terkandung Hikmah Segala Pintu Ada Tuan Nya Hanya...
Khayalan Seorang Penyair
Awan nan biru
Langit kelabu
Bayu yang lalu
Sejuk bak salju
Pada sudut tertentu
Yang terpahat paku
Tidak lagi layu kaku
Memukau mata ku
Memberi harapan baru
Walau telah retak seribu
Antara irama dan lagu
Berkecai jadi satu
Jiwa yang bergelora laju
Kini dihimpit sendu kalbu
Yang dulu disambut gebu
Kini telah luka pilu
Syair puisi dan lagu lagu
Penuh madah pantun merdu
Tersemat di dalam buku buku
Jadi pedoman murid berguru
Dari istana ke kampung hulu
Bergendong bantu membantu
Tolong menolong lama dan baru
Barulah berkat aman selalu
Langit kelabu
Bayu yang lalu
Sejuk bak salju
Pada sudut tertentu
Yang terpahat paku
Tidak lagi layu kaku
Memukau mata ku
Memberi harapan baru
Walau telah retak seribu
Antara irama dan lagu
Berkecai jadi satu
Jiwa yang bergelora laju
Kini dihimpit sendu kalbu
Yang dulu disambut gebu
Kini telah luka pilu
Syair puisi dan lagu lagu
Penuh madah pantun merdu
Tersemat di dalam buku buku
Jadi pedoman murid berguru
Dari istana ke kampung hulu
Bergendong bantu membantu
Tolong menolong lama dan baru
Barulah berkat aman selalu
Wednesday, 7 May 2014
Tali Dan janji
Bermula dengan satu niat,
Meniti arus syariat dan makrifat,
Berbekal pula pakaian hakikat.
Siapa gerangan si musafir,
Yang hidup dengan berfikir,
Dan makanan harian ialah zikir,
Biar miskin harta jangan fakir.
Ilmu tauladan jadikan guru,
Pengalaman hidup yang lalu,
Akhirnya telah gaul bersatu,
Seperti kita janji dahulu.
Walau tidak tersemi patri,
Dalam kancah ilmu laduni,
Yang akan menjadi saksi.
Roh dan jasad bakal terpisah,
Lenyaplah jua keluh resah,
Hanya tinggal rahim rahmah,
Dari yang Esa raja ummah.
====== Lang Puteh======
Monday, 24 February 2014
Membina Negara Dalam Nada Sentosa
Amanah Yang Di Pegang
Menjaga Hak Manusia
Alam Sejagat Seluruhnya
Tiada Yang Dapat Tidak
Dinafikan Lagi Kebenarannya,
Harta Harta Nenek Kita
Dulu Terjaga Rapi Teliti
Kini Di Lanun Rompak
Bertopengkan Kuasa
Yang Rakus Tanpa Mulus ,
Malah Ada Yang Ditunggangkan
Sehingga Mereka Asyik
Bahawa Mereka Adalah
Mangkok Tingkat Yang
Menjual Isi Bumi Mereka ,
Walau Setiap Duri Semalu
Hatta Sehingga Balak
Menjadi Hak Pri Bumi
Negara Kita Sendiri ,
Jika Pencuri Mencuri
Kereta atau Harta atau
Di Rumah Kita Sendiri
Pasti Akan Kita Ambil Tindakan
Untuk Menghukum Si Pencuri,
Cuma Beza Si Pencuri dan Penyamun
Dia Berkerja Senyap Senyap
Dan Dalam Susana Malap
Namun Begitu Harta Negara
Ialah Penyamun ''BERSONGKOK ''
Yang Menyamun Dalam Terang
Dan Sambil Menghebah Hebah
Dan Menunjuk Juah ..
Tiada Hak Sesiapapun
Memutuskan Hak Yang
Telah Dimahkotakan
Amanat dan Amanah Negara
Lang Puteh
Lot 21, Kg Pasir Tambun
Menjaga Hak Manusia
Alam Sejagat Seluruhnya
Tiada Yang Dapat Tidak
Dinafikan Lagi Kebenarannya,
Harta Harta Nenek Kita
Dulu Terjaga Rapi Teliti
Kini Di Lanun Rompak
Bertopengkan Kuasa
Yang Rakus Tanpa Mulus ,
Malah Ada Yang Ditunggangkan
Sehingga Mereka Asyik
Bahawa Mereka Adalah
Mangkok Tingkat Yang
Menjual Isi Bumi Mereka ,
Walau Setiap Duri Semalu
Hatta Sehingga Balak
Menjadi Hak Pri Bumi
Negara Kita Sendiri ,
Jika Pencuri Mencuri
Kereta atau Harta atau
Di Rumah Kita Sendiri
Pasti Akan Kita Ambil Tindakan
Untuk Menghukum Si Pencuri,
Cuma Beza Si Pencuri dan Penyamun
Dia Berkerja Senyap Senyap
Dan Dalam Susana Malap
Namun Begitu Harta Negara
Ialah Penyamun ''BERSONGKOK ''
Yang Menyamun Dalam Terang
Dan Sambil Menghebah Hebah
Dan Menunjuk Juah ..
Tiada Hak Sesiapapun
Memutuskan Hak Yang
Telah Dimahkotakan
Amanat dan Amanah Negara
Lang Puteh
Lot 21, Kg Pasir Tambun
Monday, 27 January 2014
warisan laduni ( II ): Sifat Mulia Mekar HarumNya...
warisan laduni ( II ): Sifat Mulia Mekar HarumNya...: B ermula fungsiNya Dengan sifat melihat Menilai dan merasai Harum dan mewangi Ibarat bunga ditangkai Mekar mawar merah Dilin...
Sifat Mulia Mekar HarumNya...

Bermula fungsi segala
Dengan sifat melihat
Menilai dan merasai
Harum dan mewangi
Ibarat bunga ditangkai
Mekar mawar merah
Dilindung dan dijaga rapi... ----'-(@
Walau lama tak layu
Walau tua tak gugur
Bias namanya
Yang ku jaga selalu
Hingga ke Hujung nyawa... ---,'--(@ ---,'--(@
Dengan Zat dan Sifat Kasih
Antara Pencipta dan hamba Pengasih
Tiada lagi daya ku ingin dipamerkan lagi
Selain lemparan rahmat dan rahim mu Jua
Benarlah ungkapan keramat pujangga
Berkata benar walupun pahit...... ----'.--(@ ---,'--(@ ----,(@
Akan ku genggam api
Hingga jadi besi
Walau berjuta seteru
Tidak jua ku ragu
Biar putih tulang belikat
Jangan putih mata disebalik hikmat----,'(@ ----,'-(@ ----,'(@ ---,'(@
Warkah ini ku tamatkan
Dengan serapah pujangga Melayu
Walau rebah tersadung batu,
Belayar jauh dirantau orang,
walau beribu batu ku berlayar,
tetap setia pada yang satu.
Sekian
by : Lang Puteh
Lot 21 Kg Pasir Tambun
06000 Jitra
Kedah ...
Tuesday, 7 January 2014
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 )
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 ): Denai Denai Mula Dilangkah Dengan Susun Galur Menujui Destinasi Arah Yang Telah Lama Diatur... Dari Nadi Lembah Dayus Tanah Tand...
Subscribe to:
Posts (Atom)
