Monday, 30 December 2019
warisan laduni: Jiwa Negara
warisan laduni: Jiwa Negara: Bermula Pada Erti Nama Dengan Pengertian Tanda Terhimpun Rumpun Saudara Dari Zaman Purba Kala .. Yang Kita Sama Merasai Tamba...
warisan laduni: Zon Tenang
warisan laduni: Zon Tenang: Ia tidak datang Seperti melayang dan tidak hadir bila di cari... Bukan damai Bukan senang Bukan kaya Bukan suka ters...
Zon Tenang
Ia tidak datang
Seperti melayang
dan tidak hadir
bila di cari...
Bukan damai
Bukan senang
Bukan kaya
Bukan suka
tersembunyi tenang
itu seperti jarak
bahagia dan gembira
tapi tidak terkata kata
ianya didatangkan terasa
dan di berikan dengan izin
yang Maha Esa dengan Zat
tiada pun Seperti apapun jua
Fana dunia pun
Tidak menyembuh hati
Yang belum tenang
Ianya hanya Sirr
Atau segulung nikmat rahsia...
Ramai yang keliru
Dengan Mencari Ketenangan
Entah dimana ada jua pun
Nescaya kau tiada akan memilikinya...
Apakah erti tenang.
Ianya adalah suci
Sufi hati hamba itu
Dengan bersyukur nikmat nikmat
Yang Allah berikan padanya...
Nikmat Harta
Nikmat Nyawa
Nikmat Segalanya
Namun bukan seperti air
Ianya satu perasaan yang
Menyamankan perasaan
Dalam kebahgian sebenar
Dan bukan satu pencarian
Namun Ianya Satu Pemberian ...
Saturday, 20 September 2014
warisan laduni ( II ): Mahligai Sendu
warisan laduni ( II ): Mahligai Sendu: ombak dan badai menongkah arus lautan pasir debu berterbangan silih bersahut hanya sebagai laluan sang nahhoda mengembara jelah semua b...
Tuesday, 1 July 2014
warisan laduni ( II ): warisan laduni ( II ): Pesta Yang Sementara , Liga...
warisan laduni ( II ): warisan laduni ( II ): Pesta Yang Sementara , Liga...: warisan laduni ( II ): Pesta Yang Sementara , Liga Dalam Kaca : Andai kata kata satu nada, Ada jua yang mendabik dada Meniti hari yang g...
Friday, 13 June 2014
warisan laduni ( II ): Erti Sebuah Ketenangan
warisan laduni ( II ): Erti Sebuah Ketenangan: Ia tidak datang atau terbang Seperti melayang dan tidak hadir bila di cari... Bukan damai Bukan senang Bukan kaya Bukan suk...
Erti Sebuah Ketenangan
Ia tidak datang atau terbang
Seperti melayang
dan tidak hadir
bila di cari...
Bukan damai
Bukan senang
Bukan kaya
Bukan suka ...
tersembunyi tenang
itu seperti jarak
bahagia dan gembira
tapi tidak terkata kata...
ianya didatangkan
dan di berikan dengan izin
yang Maha Esa dengan Zat
tiada pun Bidadari ataupun ...
Ratu cantik Dunia
Dapat menyembuh hati
Yang belum tenang
Ianya hanya Sirr Subhanahu Wataala
Atau segulung nikmat rahsia...
Ramai yang keliru
Dengan Mencari Ketenangan
Entah dimana ada jua pun
Nescaya kau tiada akan memilikinya...
Apakah erti tenang.
Ianya adalah suci
Sufi hati hamba itu
Dengan bersyukur nikmat nikmat
Yang Allah berikan padanya...
Nikmat Harta
Nikmat Nyawa
Nikmat Isteri
dan Nikmat Keluarga...
Sifat Bukan seperti angin
Namun bukan seperti air
Ianya satu perasaan yang
Menyamankan perasaan
Dalam kebahgian sebenar
Dan bukan satu pencarian
Namun Ianya Satu Pemberian ....
Sekian
Wednesday, 28 May 2014
warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir
warisan laduni ( II ): Pedoman Si Musafir: Tersesat Di Lembah Bukan Rebah Ke Bawah Antara Simpulan RahmaH Yang Terkandung Hikmah Segala Pintu Ada Tuan Nya Hanya...
Khayalan Seorang Penyair
Awan nan biru
Langit kelabu
Bayu yang lalu
Sejuk bak salju
Pada sudut tertentu
Yang terpahat paku
Tidak lagi layu kaku
Memukau mata ku
Memberi harapan baru
Walau telah retak seribu
Antara irama dan lagu
Berkecai jadi satu
Jiwa yang bergelora laju
Kini dihimpit sendu kalbu
Yang dulu disambut gebu
Kini telah luka pilu
Syair puisi dan lagu lagu
Penuh madah pantun merdu
Tersemat di dalam buku buku
Jadi pedoman murid berguru
Dari istana ke kampung hulu
Bergendong bantu membantu
Tolong menolong lama dan baru
Barulah berkat aman selalu
Langit kelabu
Bayu yang lalu
Sejuk bak salju
Pada sudut tertentu
Yang terpahat paku
Tidak lagi layu kaku
Memukau mata ku
Memberi harapan baru
Walau telah retak seribu
Antara irama dan lagu
Berkecai jadi satu
Jiwa yang bergelora laju
Kini dihimpit sendu kalbu
Yang dulu disambut gebu
Kini telah luka pilu
Syair puisi dan lagu lagu
Penuh madah pantun merdu
Tersemat di dalam buku buku
Jadi pedoman murid berguru
Dari istana ke kampung hulu
Bergendong bantu membantu
Tolong menolong lama dan baru
Barulah berkat aman selalu
Wednesday, 7 May 2014
Tali Dan janji
Bermula dengan satu niat,
Meniti arus syariat dan makrifat,
Berbekal pula pakaian hakikat.
Siapa gerangan si musafir,
Yang hidup dengan berfikir,
Dan makanan harian ialah zikir,
Biar miskin harta jangan fakir.
Ilmu tauladan jadikan guru,
Pengalaman hidup yang lalu,
Akhirnya telah gaul bersatu,
Seperti kita janji dahulu.
Walau tidak tersemi patri,
Dalam kancah ilmu laduni,
Yang akan menjadi saksi.
Roh dan jasad bakal terpisah,
Lenyaplah jua keluh resah,
Hanya tinggal rahim rahmah,
Dari yang Esa raja ummah.
====== Lang Puteh======
Monday, 24 February 2014
Membina Negara Dalam Nada Sentosa
Amanah Yang Di Pegang
Menjaga Hak Manusia
Alam Sejagat Seluruhnya
Tiada Yang Dapat Tidak
Dinafikan Lagi Kebenarannya,
Harta Harta Nenek Kita
Dulu Terjaga Rapi Teliti
Kini Di Lanun Rompak
Bertopengkan Kuasa
Yang Rakus Tanpa Mulus ,
Malah Ada Yang Ditunggangkan
Sehingga Mereka Asyik
Bahawa Mereka Adalah
Mangkok Tingkat Yang
Menjual Isi Bumi Mereka ,
Walau Setiap Duri Semalu
Hatta Sehingga Balak
Menjadi Hak Pri Bumi
Negara Kita Sendiri ,
Jika Pencuri Mencuri
Kereta atau Harta atau
Di Rumah Kita Sendiri
Pasti Akan Kita Ambil Tindakan
Untuk Menghukum Si Pencuri,
Cuma Beza Si Pencuri dan Penyamun
Dia Berkerja Senyap Senyap
Dan Dalam Susana Malap
Namun Begitu Harta Negara
Ialah Penyamun ''BERSONGKOK ''
Yang Menyamun Dalam Terang
Dan Sambil Menghebah Hebah
Dan Menunjuk Juah ..
Tiada Hak Sesiapapun
Memutuskan Hak Yang
Telah Dimahkotakan
Amanat dan Amanah Negara
Lang Puteh
Lot 21, Kg Pasir Tambun
Menjaga Hak Manusia
Alam Sejagat Seluruhnya
Tiada Yang Dapat Tidak
Dinafikan Lagi Kebenarannya,
Harta Harta Nenek Kita
Dulu Terjaga Rapi Teliti
Kini Di Lanun Rompak
Bertopengkan Kuasa
Yang Rakus Tanpa Mulus ,
Malah Ada Yang Ditunggangkan
Sehingga Mereka Asyik
Bahawa Mereka Adalah
Mangkok Tingkat Yang
Menjual Isi Bumi Mereka ,
Walau Setiap Duri Semalu
Hatta Sehingga Balak
Menjadi Hak Pri Bumi
Negara Kita Sendiri ,
Jika Pencuri Mencuri
Kereta atau Harta atau
Di Rumah Kita Sendiri
Pasti Akan Kita Ambil Tindakan
Untuk Menghukum Si Pencuri,
Cuma Beza Si Pencuri dan Penyamun
Dia Berkerja Senyap Senyap
Dan Dalam Susana Malap
Namun Begitu Harta Negara
Ialah Penyamun ''BERSONGKOK ''
Yang Menyamun Dalam Terang
Dan Sambil Menghebah Hebah
Dan Menunjuk Juah ..
Tiada Hak Sesiapapun
Memutuskan Hak Yang
Telah Dimahkotakan
Amanat dan Amanah Negara
Lang Puteh
Lot 21, Kg Pasir Tambun
Monday, 27 January 2014
warisan laduni ( II ): Sifat Mulia Mekar HarumNya...
warisan laduni ( II ): Sifat Mulia Mekar HarumNya...: B ermula fungsiNya Dengan sifat melihat Menilai dan merasai Harum dan mewangi Ibarat bunga ditangkai Mekar mawar merah Dilin...
Sifat Mulia Mekar HarumNya...

Bermula fungsi segala
Dengan sifat melihat
Menilai dan merasai
Harum dan mewangi
Ibarat bunga ditangkai
Mekar mawar merah
Dilindung dan dijaga rapi... ----'-(@
Walau lama tak layu
Walau tua tak gugur
Bias namanya
Yang ku jaga selalu
Hingga ke Hujung nyawa... ---,'--(@ ---,'--(@
Dengan Zat dan Sifat Kasih
Antara Pencipta dan hamba Pengasih
Tiada lagi daya ku ingin dipamerkan lagi
Selain lemparan rahmat dan rahim mu Jua
Benarlah ungkapan keramat pujangga
Berkata benar walupun pahit...... ----'.--(@ ---,'--(@ ----,(@
Akan ku genggam api
Hingga jadi besi
Walau berjuta seteru
Tidak jua ku ragu
Biar putih tulang belikat
Jangan putih mata disebalik hikmat----,'(@ ----,'-(@ ----,'(@ ---,'(@
Warkah ini ku tamatkan
Dengan serapah pujangga Melayu
Walau rebah tersadung batu,
Belayar jauh dirantau orang,
walau beribu batu ku berlayar,
tetap setia pada yang satu.
Sekian
by : Lang Puteh
Lot 21 Kg Pasir Tambun
06000 Jitra
Kedah ...
Tuesday, 7 January 2014
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 )
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 ): Denai Denai Mula Dilangkah Dengan Susun Galur Menujui Destinasi Arah Yang Telah Lama Diatur... Dari Nadi Lembah Dayus Tanah Tand...
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 )
warisan laduni ( II ): Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 ): Denai Denai Mula Dilangkah Dengan Susun Galur Menujui Destinasi Arah Yang Telah Lama Diatur... Dari Nadi Lembah Dayus Tanah Tand...
Wednesday, 1 January 2014
Permaidani Merah Ke Awan Nan Biru ( 2014 )
Denai Denai Mula Dilangkah
Dengan Susun Galur
Menujui Destinasi Arah
Yang Telah Lama Diatur...
Dari Nadi Lembah Dayus
Tanah Tandus Melupus
Yang Hayat Akan Lupus
Yang Kering Jadi Tandus...
Ibarat Melati Kembang Tak Jadi
Melata Dan Bertaut Sesekali
Menghiasi Pandangan Nurani
Dengan Izin Tajalli Rabbi...
Seperti Bidasari Terbang Tinggi
Mencari Permaisuri Suci
Yang Melindungi Bidadari Pelangi
Dalam Istana Kabus Pagi..
Unggas Hutan Sahut Sahutan
Alam Buana Desa Sentosa
Menghiasi Lebuhraya Ke Kota
Yang Bernama Alam Dunia...
Berbekal Ilmu dan Amal
Usaha dan Tawwakkal
Yang Tinggi Jadi Rendah
Yang Susah Jadi Mudah...
Saudara ku Yang Dimuliakan..
Dengan Semangat Semerah Padi
Makin Menunduk Bila Meninggi
Hakikat Seorang Pejuang Suci..
---Salam Tahun Baru---2014
Lang Puteh
Lot 21,
Kg Pasir Tambun
06000 Jitra, Kedah
Friday, 22 November 2013
warisan laduni ( II ): Aku Belayar Dengan Kata - Kata . . .
warisan laduni ( II ): Aku Belayar Dengan Kata - Kata . . .: Biar Taufan Melanda , Walau Tsunami Pun , Aku Tetap Berdiri , Pada Pendirian Ku... Yang Tetap Utuh , Dan Kuat...
Aku Belayar Dengan Kata - Kata . . .
Biar Taufan Melanda ,
Walau Tsunami Pun ,
Aku Tetap Berdiri ,
Pada Pendirian Ku...
Yang Tetap Utuh ,
Dan Kuat Teguh ,
Yakin Kendiri ,
Sumpah Sendiri ...
Biar Lumat Ku Gigit ,
Walau Hancur Lebur ,
Terasa Jua Pahitnya ,
Yang Telah Lama ...
Sukar Orang Menilai ,
Payah Orang Faham ,
Perit Orang Merasa ,
Namun Berpunca Rasa ...
Ada Nilai Terkandung ,
Di Sebalik Kandungan ,
Yang Tak Terhitung ,
Bergendong -Gendong...
Biar Jasad Ku Di Tanam ,
Biar Nama Ku Di Kecam,
Tersimpan Satu Tanda ,
Tersimpul Satu Hikmat ...
Yang Ku Beri Nilai ,
Sebagai Perisai Diri ,
Sungguh Bernilai ,
Buat Anak , Cucu Ku...
Jauh Aku Memandang ,
Tersangkut Padangan ,
Dari Pada Fahaman ,
Yang Belum Difaham ...
Namun Tiada Paksaan,
Yang Aku Berikan ,
Hanya Niat Tulus Murni ,
Lagi Suci Nan Kekal Abadi...
Aku Bukan Seorang Pendita ,
Malah Bukan Sandiwara ,
Aku Hanya Seorang Pujangga ,
Yang Melihat Isi Segala ..
Nukilan : -
Afif Shukri @ Lang Puteh
Lot 21 , Kg Pasir Tambun,
Bandar Darul Aman ,
06000 Jitra , Kedah
Tuesday, 22 October 2013
warisan laduni ( II ): Terbang Tak Serupa , Di Awan Yang Sama
warisan laduni ( II ): Terbang Tak Serupa , Di Awan Yang Sama: *** ibarat burung bersangkar emas , bersuara lunak , terbang tak boleh , hidup senang hati tak tenang *** Didalam Kabu...
warisan laduni ( II ): Titian Hasrat
warisan laduni ( II ): Titian Hasrat: Puncak Gunung Turun Ke Lembah Dari Sultan Agung Hingga ke Bawah Saling Bergantungan Tidak Berpegangan Ibarat Ombak ...
Subscribe to:
Posts (Atom)

